22 Okt SERLAHKAN SEMANGAT PERLUMBAAN DENGAN YAMAHA YZF-R25 BAHARU
SUNGAI BULOH, 22 OKTOBER 2025 – Sempena dengan MotoGP Malaysia Grand Prix, Hong
Leong Yamaha Motor (“HLYM”) dengan rasminya melancarkan model Yamaha YZF-R25 yang sangat dinantikan di majlis eksklusif MotoGP Rider Meet and Greet yang dihadiri oleh ahli pengurusan tertinggi HLYM serta para pelumba dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP dan Prima Pramac Yamaha MotoGP.
Rekaan terbaru R-Series inspirasi daripada DNA perlumbaan Yamaha — membawa semangat litar ke jalan
raya. Yamaha YZF-R25 2025 tampil lebih dinamik, agresif dan bergaya, sesuai untuk penunggang yang mahukan pengalaman tunggangan yang berprestasi tinggi setiap hari. Lebih daripada sekadar motosikal, R25 ialah lambang identiti dan ekspresi diri.
Gaya R-Series Baharu
Yamaha YZF-R25 menampilkan evolusi terkini reka bentuk R-Series dengan profil yang lebih padu dan sporty. Bahagian hadapan kini dilengkapi dengan fairing yang lebih panjang, memberikan aura kelajuan yang lebih menyerlah, manakala panel kontras yang berani menghasilkan siluet yang lebih kemas dan bergaya. Lampu posisi berkembar menyerlahkan lagi kehadiran motosikal ini dengan rupa yang agresif dan sedia berlumba dari setiap sudut.
Rekaan Luaran Mesra Penuggang
Bagi meningkatkan keyakinan penunggang, Yamaha YZF-R25 baharu direka dengan bentuk yang lincah dan ringan untuk kawalan lebih mudah. Tempat duduk dan panel sisi yang lebih tirus meningkatkan keselesaan ergonomik.
Klac ‘Assist & Slipper’
Buat julung kalinya, Yamaha YZF-R25 dilengkapi klac Assist dan Slipper (A&S) untuk penukaran gear menurun yang lebih lancar dan kawalan lebih baik. Dalam situasi tork belakang tinggi, klac ini mengurangkan brek enjin berlebihan, memberikan tunggangan yang lebih responsif, stabil dan menyeronokkan.
Aplikasi Yamaha Motorcycle Connect (Y-Connect App)
Yamaha YZF-R25 baharu kini serasi dengan aplikasi Y-Connect, seterusnya membolehkan penunggang menyambungkan telefon pintar dengan motosikal untuk mendapatkan notifikasi penting, kadar penggunaan
minyak, cadangan penyelenggaraan dan juga lokasi parkir terakhir. Fungsi ini memastikan penunggang sentiasa peka dan berwaspada sepanjang perjalanan.
Selain peningkatan yang baharu, Yamaha YZF-R25 2025 turut mengekalkan kehebatan prestasinya — dikuasakan oleh enjin 249cc dua silinder selari DOHC, menghasilkan 26.4 kW pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm tork pada 10,000 rpm. Ia juga dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS) dan lampu isyarat LED untuk keselamatan dan gaya yang lebih moden.
Yamaha YZF-R25 baharu kini boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara dalam dua warna menawan – Pearl Blu dan Racing Blu. Warna ini direka khas untuk menonjolkan gaya berani, identiti kuat dan semangat perlumbaan – daripada jalan raya hingga ke litar, disatukan oleh semangat “Blu”.
Harga cadangan semasa adalah RM23,098 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran). Untuk maklumat lanjut, sila layari rangkaian pengedar Yamaha di: https://www.yamaha-motor.com.my/rangkaian-yamaha/ lang=ms
###
About Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM)(Co. no:46829-P), a company incorporated in Malaysia in 1978, is a joint venture between Hong Leong Industries Bhd and Yamaha Motor Co., Ltd , Japan. Hong Leong Industries Bhd., which holds a majority equity interest in HLYM, is part of a well-diversified conglomerate, Hong Leong Group of Companies, Malaysia. HLYM was appointed the official franchise holder for CKD and CBU Yamaha motorcycles in Malaysia since 1978. It rolled out its first CKD Yamaha street model, RX100 at the Shah Alam plant in 1979.
For further information, please visit https://www.yamaha-motor.com.my



No Comments