Notis

Privasi

Notis Privasi Hong Leong Group/Kumpulan Hong Leong (ìNotis Privasiî)

1. Undang-undang Malaysia mengawal pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi (ìdataî). Notis Privasi ini disediakan kepada individu dan entiti yang sedia ada dan juga bakal individu dan entiti (termasuk pekerja dan kakitangan Kumpulan Hong Leong) (ìOrang Relevanî) yang berurusan ataupun yang akan berurusan dengan Hong Leong Company (Malaysia) Berhad dan anak-anak syarikatnya (ìKumpulan Hong Leongî dan setiap ahli Kumpulan dikenali sebagai ìHLî) yang daripadanya data telah dikumpul dan/atau akan dikumpul di masa hadapan.

 

2. Orang Relevan telahpun pada masa lalu, dan mungkin atau akan pada masa depan, memberikan data kepada HL yang berkaitan dengan dan/atau dalam urusan mereka dengan HL. Data Orang Relevan boleh diperolehi oleh HL daripada sumber-sumber yang boleh didapati secara umum dan juga daripada Kumpulan Hong Leong. HL juga mungkin memperolehi data mengenai Orang Relevan daripada pihak ketiga yang berkaitan dengan Orang Relevan (misalnya majikan, pemegang akaun bersama, penyedia keselamatan, dll) atau pihak ketiga mempunyai urusan, hubungan dan / atau penglibatan dengan Orang Relevan dan daripada sumber-sumber lain yang mana Orang Relevan telah memberikan kebenaran untuk mendedahkan data berkaitan dengan mereka setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

 

3. Data yang boleh dikumpul daripada Orang Relevan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) maklumat nama, nombor kad pengenalan/nombor pasport (untuk warganegara asing), alamat, alamat e-mel, nombor telefon, butiran majikan, maklumat kad kredit dan butir-butir akaun banknya, kedudukan kewangan, ahli-ahli keluarga dan maklumat peribadi tentang mereka, jumlah data yang telah diterima dan/atau dihantar olehnya, cara bagaimana Orang Relevan telah menggunakan sebarang produk dan/atau perkhidmatan HL, rakaman CCTV apabila Orang Relevan melawat mana-mana outlet atau cawangan HL dan rakaman panggilan yang dibuat oleh Orang Relevan kepada HL (dan berhubungan dengan pemohon pekerjaan termasuk kelayakan, sejarah pekerjaan, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran).

 

4. HL mungkin menggunakan ëcookiesí (di mana tidak ada kewajipan di pihak Orang Relevan untuk menerimanya), ëweb beaconsí, dan/atau teknologi lain yang serupa untuk menyimpan data apabila Orang Relevan menggunakan perkhidmatan atau mengakses laman web/platform HL bagi tujuan mempertingkatkan perkhidmatan yang disediakan melalui platform dalam talian. Apabila Orang Relevan melawat laman web/platform HL melalui komputer, peranti mudah alih, atau sebarang peranti lain dengan sambungan internet, pelayan syarikat HL akan secara automatik merekodkan data yang dihantar oleh pelayar Orang Relevan apabila Orang Relevan melawat laman web. Data ini mungkin merangkum alamat IP komputer/peranti Orang Relevan, jenis pelayar, halaman web yang dilawati oleh Orang Relevan sebelum dia mengakses laman web/platform HL, dan masa yang dihabiskan di halaman tersebut, benda dan data yang dicari di laman web/platform, masa dan tarikh akses, dan statistik lain. Data ini dikumpul bagi tujuan analisis dan penilaian untuk membantu HL mempertingkatkan laman webnya dan perkhidmatan dan produk yang disediakannya.

 

5. Orang Relevan diwajibkan untuk membekalkan data yang dikenal pasti sebagai mandatori (wajib). Bagi data yang berunsur pilihan, pembekalan data sedemikian oleh Orang Relevan adalah secara sukarela. Sekiranya Orang Relevan tidak membekalkan data yang dikenal pasti sebagai mandatori (wajib), ini boleh mengakibatkan HL tidak dapat memberikan perkhidmatan atau tidak dapat berurusan dengan Orang Relevan yang berkenaan.

 

6. Jika Orang Relevan memberikan data mana-mana pihak ketiga kepada HL, Orang Relevan membuat representasi dan menjamin bahawa dia telah mendapatkan kebenaran yang perlu daripada pihak ketiga tersebut untuk berkongsi dan memindahkan data peribadinya kepada HL, dan untuk HL mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data tersebut selaras dengan Notis Privasi ini.

 

7. Data Orang Relevan boleh digunakan atau diproseskan oleh atau bagi pihak HL bagi tujuantujuan yang berikut:-

(a) melaksanakan arahannya, membekalkan produk dan/atau perkhidmatan (sama ada oleh seorang anggota Kumpulan Hong Leong atau pihak ketiga yang dipilih), menilai dan menaksir kesesuaian untuk pekerjaan (di mana relevan) dan memberi respons kepada pertanyaan oleh Orang Relevan atau pertanyaan yang dibuat bagi pihaknya;
(b) mengkaji, merekabentuk, melancar, mempromosi dan memasarkan kemudahan kewangan dan lain-lain kemudahan, perkhidmatan dan produk Kumpulan Hong Leong dan pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada pertukaran maklumat bukan kewangan dengan rakan kongsi perniagaan terpilih dan menghasilkan senarai pemasaran untuk pertukaran dengan rakan kongsi perniagaan terpilih) dan memantau penyediaan, pengendalian dan penggunaan produk atau perkhidmatan tersebut;
(c) peruntukan rujukan (pertanyaan status);
(d) menjalankan penyemakan kredit dan penyemakan status yang lain serta pengutipan hutang dan membantu institusi yang lain untuk berbuat demikian;
(e) membuat penilaian kelayakan kredit yang berterusan terhadap Orang Relevan;
(f) mengendalikan kawalan dalaman termasuk menentukan amaun terhutang kepada atau oleh Orang Relevan, pembayaran kepada atau pengutipan amaun tersebut daripada Orang Relevan dan mana-mana orang yang menyediakan cagaran untuk obligasi Orang Relevan dan menguatkuasakan apa-apa caj atau cagaran lain yang diberikan oleh atau bagi Orang Relevan;
(g) untuk tujuan audit, pematuhan (compliance), dan pengurusan risiko;
(h) penguatkuasaan obligasi Orang Relevan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengutipan amaun tertunggak daripada Orang Relevan dan mereka yang memberi cagaran untuk obligasi Orang Relevan;
(i) menilai dan menganalisis apa-apa tuntutan insurans dan membantu syarikat-syarikat insurans yang lain untuk melakukan penyemakan tuntutan;
(j) memanjangkan bahan publisiti atau maklumat lain kepada Orang Relevan daripada ahli Kumpulan Hong Leong dan pertubuhan amal dari masa ke semasa;
(k) memenuhi apa-apa syarat undang-undang, kerajaan atau regulatori di Malaysia atau manamana bidang kuasa lain yang berkenaan, termasuk syarat-syarat penzahiran ataupun syaratsyarat pemberitahuan notis;
(l) membantu mana-mana orang yang memperoleh atau menyertai dalam mana-mana perjanjian kontrak di antara HL dan Orang Relevan untuk menilai transaksi bagi 7 pemerolehan atau penyertaan tersebut;
(m) untuk membolehkan mana-mana pihak menilai apa-apa tugasan, penyertaan, subpenyertaan, dan novasi, sebenar atau yang dicadangkan mengenai hak dan / atau kewajipan HL;
(n) untuk penggabungan, penjualan, atau pemindahan mana-mana bahagian kepentingan, aset, tanggungjawab, perniagaan dan / atau operasi Kumpulan Hong Leong;
(o) untuk tujuan pencegahan, penyiasatan, pelaporan atau yang lain berkaitan dengan pengubahan wang haram yang sebenarnya atau disyaki pengubahan wang haram, pembiayaan pengganas, suapan, rasuah, penipuan sebenar atau disyaki termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengelakan cukai, pengelakan sekatan ekonomi atau perdagangan, dan jenayah aktiviti amnya atau aktiviti haram yang lain;
(p) bagi tujuan peningkatan dan pembaikan produk/perkhidmatan, serta latihan;
(q) untuk membenarkan syarikat, penyedia perkhidmatan dan rakan niaga dan / atau syarikat gabungan HL untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka;
(r) untuk mentadbir acara-acara, pertandingan dan promosi-promosi HL;
(s) untuk tujuan pemprosesan data dan analitik, termasuk tetapi tidak terhad kepada perlombongan data dan analysis transaksi Orang Relevan dengan HL; dan apa-apa tujuan lain yang bersampingan dan tujuan-tujuan berkaitan yang berhubungan dengan mana-mana di atas.

 

8. Data yang dipegang yang berkaitan kepada Orang Relevan akan dirahsiakan tetapi ia boleh diberikan kepada:-

(a) mana-mana orang yang di bawah kewajipan kerahsiaan kepada HL atau ahli Kumpulan Hong Leong;
(b) mana-mana syarikat atau divisi dalam Kumpulan Hong Leong (sama ada syarikat atau divisi tersebut beroperasi di Malaysia atau di tempat lain);
(c) mana-mana ejen yang berkaitan, kontraktor atau pihak pembekal ketiga yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran, telekomunikasi, pemprosesan dan penyimpanan data, komputer, pembayaran, penjelasan sekuriti, pengurusan, audit, insurans, profesional atau perkhidmatan lain kepada Kumpulan Hong Leong;
(d) mana-mana institusi perbankan, kewangan atau lain-lain institusi di mana Orang Relevan mempunyai atau bercadang untuk mempunyai urusan;
(e) mana-mana agensi rujukan kredit dan agensi kutipan hutang atau pembekal yang serupa untuk perkhidmatan kutipan hutang atau perkhidmatan maklumat kredit kepada Kumpulan Hong Leong;
(f) peguam, juruaudit, penasihat cukai, bank pelaburan, dan lain-lain penasihat profesional;
(g) mana-mana syarikat insurans dan mana-mana persatuan atau federasi syarikat-syarikat 8 insurans (sama ada berasaskan di Malaysia atau tidak);
(h) mana-mana orang atau perbadanan di mana ahli Kumpulan Hong Leong memindahmilik atau bercadang untuk memindahmilik kepentingannya dan/atau obligasinya berkenaan dengan Orang Relevan tersebut atau sebarang produk atau perkhidmatan yang diberikan kepada Orang Relevan tersebut;
(i) mana-mana orang atau syarikat yang dengannya Kumpulan Hong Leong bergabung, menjual, atau memindahkan atau mencadangkan untuk menggabungkan, menjual atau memindahkan mana-mana bahagian kepentingan, aset, tanggungjawab, perniagaan dan / atau operasi;
(j) orang awam apabila Orang Relevan menjadi pemenang dalam pertandingan, adalah peserta dalam sebarang acara, persidangan, ceramah dan seminar HL, dengan menerbitkan nama, gambar, dan data peribadi Orang Relevan tanpa pampasan untuk iklan dan tujuan publisiti;
(k) mana-mana penama, pemegang amanah, pemegang amanah bersama, depositori sekuriti berpusat atau pendaftar, kustodian, syarikat insurans, ejen hartanah, peguam atau orang lain yang terlibat dengan penyediaan perkhidmatan atau produk oleh ahli Kumpulan Hong Leong kepada Orang Relevan tersebut; atau
(l) mana-mana orang di mana ahli Kumpulan Hong Leong dikehendaki mengikut syarat-syarat undang-undang, kerajaan atau regulatori yang berkenaan untuk membuat penzahiran; atau kepada mana-mana orang lain yang secara munasabah memerlukan data supaya HL boleh menjalankan tujuan-tujuan yang dibenarkan dalam perenggan 7 di atas.

 

9. HL boleh menzahirkan data kepada mana-mana atau semua-pihak yang dinyatakan di atas dan boleh berbuat demikian walaupun tempat perniagaan penerima adalah di luar Malaysia, atau data tersebut berikutan dengan penzahiran akan dikumpulkan, dipegang, diproses atau digunakan oleh penerima tersebut secara keseluruhan atau sebahagiannya di luar Malaysia.

 

10. Orang Relevan berhak untuk bertanya sama ada HL memegang data mereka dan untuk meminta akses dan membuat pembetulan pada mana-mana data tersebut. Bayaran yang berpatutan akan dikenakan untuk memproses setiap permintaan mengakses data.

 

11. Permintaan untuk akses atau pembetulan data yang dipegang oleh HL, haruslah dialamatkan kepada Pegawai Perlindungan Data di HL Management Co di Tingkat 10, Wisma Hong Leong, 18 Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur.

 

12. Jika Orang Relevan tidak mahu menerima apa-apa pemasaran atau susulan mengenai produk dan promosi khas daripada Kumpulan Hong Leong, sila maklumkan kepada Pegawai Perlindungan Data secara bertulis. Tiada bayaran akan dikenakan.

 

13. Untuk membantu HL menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, sila pastikan bahawa data peribadi anda seperti butir-butir hubangan termasuk alamat rumah dan alamat pejabat anda, nombor telefon anda (termasuk nombor telefon mudah alih anda), alamat e-mel, dan butir-butir lain yang berdaftar dengan kami adalah butiran yang terkini.

 

14. Peruntukan Notis Privasi ini juga akan terpakai untuk laman-laman web HL dan tidak akan terpakai untuk mana-mana laman web pihak ketiga yang mungkin diakses oleh Orang Relevan 9 dari laman web HL. Untuk menentukan bagaimana mereka menangani data Orang Relevan, Orang Relevan hendaklah memastikan bahawa dia membaca notis privasi mereka masingmasing.

 

15. Peruntukan Notis Privasi ini akan membentuk sebahagian daripada terma-terma dan syaratsyarat akaun dan/atau perjanjian atau aturan yang dimasuki atau yang akan dimasuki oleh anda dengan HL. Jika adanya apa-apa ketidakselarasan yang ditemui, peruntukan Notis Privasi ini akan diguna pakai.

Perubahan Kepada Notis Privasi

Perubahan kepada Notis Privasi ini boleh dibuat dari semasa ke semasa. Notis tentang perubahan material akan disiarkan melalui laman web Kumpulan. Sila melawat semula Notis Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan sedemikian.

Ogos 20