MCPRD01: TENGKU AMIRUL JUARA DI MAEPS

MCPRD01: TENGKU AMIRUL JUARA DI MAEPS

Sementara itu, perlumbaan kelas CP115 menjadi milik naib juara musim 2015, Tengku Amirul Haffirudin dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang yang berjaya menguasai sepanjang 15 pusingan perlumbaan dengan baik.

Pelumba kelahiran Terengganu itu menewaskan Md Fareez Afeez (Felda PB Racing) yang pad asatu ketika berada di kedudukan pertama namun terlepas peluang untuk bergelar juara.

Pendatang baharu kelas CP115 yang juga merupakan juara kelas Wira 2015, Md Harith Farhan Baharin (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) pula berada di kedudukan ketiga.

Melengkapkan lagi senarai lima pelumba terbaik ialah Md Hazieq Md Fairues (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dan rakan sepasukan Tengku, Zaidi Mohd Zaifaizal.

“Saya berterima kasih kepada pasukan kerana bekerja keras menyiapkan jentera saya. Saingan hari ini agak mencabar, ditambah satu ketika saya berada di belakang Fareez. Saya berharap dapat mengulangi pencapaian ini di pusingan akan datang.”

Article courtesy of malaysiancubprix.com

No Comments

Post A Comment