MCPRD03: MD FADLI SHAH PAMER KEHANDALAN

MCPRD03: MD FADLI SHAH PAMER KEHANDALAN

Persaingan untuk merebut lima kedudukan teratas nyata sengit dalam perlumbaan akhir di Kangar, Perlis pada minggu ini. Tekanan yang dihadapi para pelumba muda ini juga turut menyebabkan mereka melakukan kesilapan, dimana Md Arfyq Hillman terbabas di selekoh 5 di pusingan pertama dan Haris Danish Iswandy di selekoh 7 di pusingan kelima.

Sementara itu, pelumba kelahiran Perak, Md Fadli Shah Redzuan menjuarai perlumbaan, juga merupakan kemenangan kedua baginya selepas memenangi perlumbaan di Batu Kawan. Fadli menamatkan perlumbaan dalam masa 8:32.141 dengan diikuti Md Alif Ashraf Tahiruddin (+0.329 saat) dan Md Akmal Abd Halim (+1.098).

Fadli Shah kini mendahulu pungutan mata keseluruhan dengan 66 mata diikuti Md Faiz Zekri Sabri dengan 49 mata dan Md Alif Ashraf Tahiruddin, 44 mata.

Article courtesy of malaysiancubprix.com

No Comments

Post A Comment