HAFIZ RAIH KEMENANGAN SULUNG CP150 DI TEMERLOH

HAFIZ RAIH KEMENANGAN SULUNG CP150 DI TEMERLOH

Md Hafiz Nor Azman berjaya meraih kemenangan sulung dalam kategori CP150 setelah mengungguli perlumbaan di litar basah pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Temerloh, Pahang, hari ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha – CKJ Racing itu menamatkan perlumbaan yang dikurangkan kepada 15 pusingan setelah terpaksa ditangguhkan sebelum itu akibat cuaca hujan dengan masa keseluruhan 11’28.110s mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Afif Amran dengan kelebihan 2.959s.

Perlumbaan di litar basah menyaksikan kedudukan pendahulu bertukar seawal perlumbaan setelah pendahulu, Mohd Helmi Azman (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) dipintas oleh pelumba rookie, Mohd Aiman Azman sebaik lampu merah dipadamkan. Aiman bagaimanapun gagal menggunakan kelebihan apabila terjatuh dan membuka ruang buat Hafiz untuk mendahului sehingga ke garisan penamat.

Tumpuan terarah kepada perebutan di tempat kedua diantara Afif, Akid dan Kasma Daniel Kasmayuddin sebelum juara musim 2017 itu terjatuh di pertengahan perlumbaan dan seterusnya memberi laluan kepada Afif dan Akid untuk  menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’31.069s manakala Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di tempat ketiga dengan masa 11’31.199s.

“Pada peringkat awal saya cuba untuk mendapatkan rentak berlumba di litar basah sebelum berjaya menjarakkan diri dengan pelumba di belakang. Selepas masuk pusingan ke-10, saya hanya fokus untuk kekal konsisten dan mengelak sebarang kesilapan. Saya sangat gembira dengan kemenangan peribadi pertama saya dalam kategori ini,” jelas Hafiz yang berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 54 mata.

Ahmad Afif terus kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 90 mata diikuti Kasma dengan 70 mata.

Sementara itu, Md Haziq Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang bermula dari petak pertama tidak mengalami masalah untuk menguasai perlumbaan CP115 apabila mendahului keseluruhan perlumbaan untuk menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’21.993s.

Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) muncul naib juara dengan masa 11’23.578s diikuti Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) ketiga, 11’23.800s.

Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat terus mendahului senarai keseluruhan dengan 88 mata manakala Md Haziq naik ke kedudukan kedua dengan 60 mata dan Md Fareez ketiga dengan 57 mata.

Dalam saingan WIRA KBS, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meraih kemenangan pertama musim 2018 setelah selesa mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 9’16.611s diikuti Md Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta YAMAHA) kedua, 9’24.158s dan Md Faiz Zekri Sabri (ONEXOX Racing Team) ketiga, 9’24.334s.

Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH) yang gagal menjejakkan kaki ke podium buat pertama kali pada musim ini kekal mendahului senarai keseluruhan dengan 77 mata diikuti Md Alif kedua, 56 mata dan rakan sepasukan Syarifuddin, Md Fadlyshah Redzuan ketiga dengan 49 mata.

KEPUTUSAN PUSINGAN 4 – TEMERLOH, PAHANG

CP150

  1. Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:28.110s
  2. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:31.069s
  3. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:31.199s
  4. Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 11:39.684s
  5. Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:42.483s

 Kedudukan Keseluruhan

  1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 90 mata
  2. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 70 mata
  3. Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 54 mata
  4. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata
  5. Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 34 mata

CP115

  1. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:21.993s
  2. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:23.578s
  3. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 11:23.800s
  4. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:29.603s
  5. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 11:32.096s

Kedudukan Keseluruhan

  1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 88 mata
  2. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 60 mata
  3. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 57 mata
  4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 50 mata
  5. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 46 mata

WIRA KBS

  1. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:16.611s
  2. Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 9:24.158s
  3. Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 9:24.334s
  4. Zaifi Zaini (SBH) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:24.515s
  5. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 9:24.904s

Kedudukan Keseluruhan

  1. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 77 mata
  2. Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 56 mata
  3. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 49 mata
  4. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 33 mata
  5. Zaifi Zaini (SBH) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 30 mata
No Comments

Post A Comment